Semua penggemar perabot jati sedar bahawa kayu jati adalah merupakan jenis kayu yang terbaik di dalam industri perkayuan ataupun pembuatan perabot. Jika anda sudah tahu perbandingan jenis-jenis kayu, mungkin anda lebih tahu keistimewaan kayu jati berbanding kayu jenis lainnya. Boleh dikatakan kayu jati sangat sempurna, sangat tahan serta sangat kuat sehingga dikatakan mampu bertahan terhadap perubahan cuaca yang ekstrim di negara 4 musim serta imun terhadap serangan serangga.
Akan tetapi apakah anda sedar bahawa tidak semua kayu jati itu berkualiti? Kualiti kayu jati boleh diklasifikasikan kepada 3 kelas iaitu gred A, gred B, dan gred C. Kayu Jati Grade A lebih mahal dari Kayu Jati Grade B, dan Kayu Jati Grade B lebih mahal dari Kayu Jati Grade C. Inilah penyebab utama adanya perbezaan harga pada perabot jati di Malaysia.
Kayu Jati Grade A
Kayu jati Gred A adalah kayu jati dengan kualiti terbaik. Kayu jati ini berasal dari bahagian tengah ataupun jantung pohon jati (heartwood) dengan umur pohon sekitar 40 tahun. Kayu jati Gred A dapat dilihat dari uratnya yang lurus dan selaras, warnanya yang seragam, seratnya sangat rapat, terasa agak licin dan berminyak saat menyentuh pada permukaan kayunya. Minyak inilah yang memberikan kayu jati ketahanan yang sangat hebat sehingga boleh menahan cuaca ekstrim (biasanya di negara 4 musim) dan serangan serangga termasuk bubuk kayu dan anai-anai. Akan tetapi bahagian ini hanya meliputi kira-kira 25% daripada keseluruhan batang kayu dan ini yang membuatkan harganya menjadi sangat mahal.
Kayu Jati Gred B
Kayu jati Gred B berasal dari bahagian paling luar dari jantung pohon jati (heartwood), dan bahagian ini meliputi 25% – 30% dari keseluruhan batang pohon. Jika dibandingkan dengan kayu jati Gred A, kayu jati grade B memiliki warna yang sedikit lebih terang, urat yang kurang teratur, dan kurang berkilat, hal ini adalah kerana kandungan minyaknya yang lebih sedikit jika dibandingkan dengan kayu jati grade A. Perincian urat kayunya juga tidak serapat kayu grade A, namun begitu kayu grade B ini masih baik untuk digunakan sebagai bahan asas dalam penghasilan perabot.
Kayu Jati Grade C
Kualiti kayu Jati Gred C boleh dikelaskan pada kualiti paling rendah. Kayu jati ini berasal dari bahagian paling luar batang pohon jati (sapwood) dan juga dari pohon jati yang muda. Bahagian ini mengambil lingkungan 40% dari keseluruhan bahagian batang pohon jati. Kayu Jati Grade C tidak memiliki minyak semulajadi yang mampu melindungi kayu, warnanya putih dan biasanya dipenuhi dengan goresan atau coretan kayu. Walaupun ianya berasal dari pohon jati yang sama, grade C ini tidak memiliki kualiti atau ketahanan yang sama dengan kayu Gred A. Biasanya kayu Gred C ini harganya jauh lebih rendah berbanding harga Gred B dan Gred A.
Jadi sekarang anda mungkin sudah jelas tentang mengapa terdapat pelbagai harga yang berbeza walaupun untuk jenis perabot yang sama. Oleh itu kita perlu berhati-hati ketika memilih perabot jati agar pembelian yang dilakukan itu berbaloi dengan nilai yang diberikan. Di Mutiara Jati kami menawarkan kepada anda jaminan sehingga 7 Tahun untuk semua perabot jati kami – kerana kami yakin dan percaya perabot-perabot yang kami bawakan kepada pelanggan di Malaysia ini telah kami pilih dan kami rawat dengan sebaiknya sebelum kami menjual kepada pelanggan kami.
Mutiara Jati – Jenama Berkualiti Yang Dipercayai